Followers

Translate

Free Counter

Sunday, 5 June 2011

cinta

cinta,
semuanya indah pada permulaannya
saat berkenalan,budi bicara,dunia yang penuh dengan emosi
cerita yang indah dengan kisah yang bagaikan di syurga.
cinta,
semuanya terjalin dan tercipta
episode kehidupan bersama si dia yang tersayang
dia yang segalanya dan selamanya dia.
namun..cinta,
kini berlainan pula.
kisah cinta yang menarik dan indah dulu
kini bertukar dan beralih menjadi kisah
halangan perasaan dan pemikiran
menjaga hati semua orang termasuk yang tersayang.
kini,
cinta itu menjadi pudar
sengaja dipudarkan untuk menjaga hati mereka
yang disayangi yang telah menjaga dan merawat sejak kecil
terpaksa melukai hati dia untuk menghentikan rasa cintanya
agar perpisahan yang menjadi pengakhiran.
cinta yang dihalang hanya kerana perbezaan agama.
setiap malam harus berfikir cara dan bagaimana?
apa yang harus dilakukan?
ooh! cinta itu indah bila direstui.
namun bagi aku cinta itu seksa kini.